Merupakan binaan masjid 3 tingkat, Masjid Cobe sebenarnya dibina hasil dari sumbangan kutipan derma orang Islam setempat. Masjid ini direka berunsurkan seni tradisional Turki di mana arkiteknya merupakan warga Czech, iaitu Jan Josef Švagr.
Menariknya, masjid ini mempunyai sejarah istimewanya yang tersendiri.
Semasa Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1945, walaupun wilayah Cobe musnah hancur dibom seperti padang jarak padang terkukur, tetapi Masjid Cobe tetap utuh berdiri dengan hanya sedikit saja keretakan pada dinding dan tingkap kaca yang pecah.
No comments:
Post a Comment