Thursday 2 September 2021

Jam Dinding Vintage 1980 Jenama COBE

Jam dinding vintage ini dibeli pada tahun 1980.Saat ini jam ini masih berfungsi lagi dengan baik. Blog ini ditulis pd 3/9/2021 & boleh di katakan jam ini sudah pun berusia 41 tahun... Jenama jam ini adalah COBE. mungkin juga "COBE" ini diambil sempena nama masjid yang terletak di Negara Jepun iaitu Masjid Cobe.Masjid COBE adalah masjid pertama dan tertua di Jepun. Dibina pada tahun 1935, masjid ini terletak di Nakayamate Dori di wilayah Kobe.

Merupakan binaan masjid 3 tingkat, Masjid Cobe sebenarnya dibina hasil dari sumbangan kutipan derma orang Islam setempat. Masjid ini direka berunsurkan seni tradisional Turki di mana arkiteknya merupakan warga Czech, iaitu Jan Josef Švagr.

Menariknya, masjid ini mempunyai sejarah istimewanya yang tersendiri.

Semasa Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1945, walaupun wilayah Cobe musnah hancur dibom seperti padang jarak padang terkukur, tetapi Masjid Cobe tetap utuh berdiri dengan hanya sedikit saja keretakan pada dinding dan tingkap kaca yang pecah.