Burung Merbah Lekir @ dipanggil juga Burung Merbah Kuning.
Tuesday, 25 November 2025
Thursday, 20 November 2025
SEJARAH BANJIR BESAR DI KELANTAN
SEJARAH BANJIR BESAR DI KELANTAN.
Walau apa jua keadaan, peristiwa Bah Merah tetap akan diingati terutamanya oleh warga emas di Kelantan. Paling tidak, Bah Merah akan menjadi tanda aras bagi keadaan banjir setiap tahun.
Menurut catatan, hujan tanpa henti selama sepuluh hari pada tahun 1926 telah menyebabkan banjir besar yang dikenali sebagai Bah Merah telah melanda kawasan-kawasan di Kelatan. Gelaran Bah Merah diberikan oleh kerana air banjir yang bertukar menjadi warna teh susu. Dikatakan hal ini berpunca daripada bahagian hulu sungai yang runtuh dan menyebabkan air bercampur dengan lumpur.
Kira-kira 40 tahun kemudian di penghujung 1967, satu lagi banjir besar melanda negeri Cik Siti Wan Kembang ini dan meragut 38 nyawa dan kira-kira 537,000 atau 84 peratus penduduknya turut terjejas. Banjir itu dikatakan kurang sedikit berbanding dengan Bah Merah pada tahun 1926.
Bagaimanapun, di sesetengah tempat, banjir tahun 1967 dikira lebih besar.
Selepas kejadian banjir 1967, datang pula banjir besar melanda Kelantan di zaman moden pada tahun 2014 yang mana banyak peralatan elektrik & elektronik, perabot, kenderaan rosak akibat terkena air banjir. Boleh dikatakan 70% Negeri Kelantan pada Disember 2014 itu di penuhi air banjir & masyarakat Kelantan menyebutnya sebagai Bah Kuning.
Kredit : MALAYSIA Today
Dengan bantuan teknologi AI, inilah hasilnya.
Gambar berwarna.
Sumber dari Google. Ada juga gambar banjir besar pada tahun 1926 yang dikenali Bah Merah. Tidak pasti kamera apa yang guna pada zaman itu.
Subscribe to:
Comments (Atom)